Wednesday, September 25, 2013

today....its a day

assalamualaikum..

dah brape hari x post...sesuatu berlaku dan tak mengizinkan untuk bkak laptop usang ni... hari ni pon masih terasa tp ok lagi la...hari ni aku buat puding triffle sbb dah lama nak makan...dulu pnah try buat tp x menjadi sgt..part paling x suka buat part lapisan kastad...susah bagi aku sbb x pandai nk bajet kekerasn.. tp hari ni alhamdulillah menjadi...,. kat bawah ni picturenya...haa readers kat luar tu telan air liur je la ek.hehehehe...


haa... ni la rupe nya



                              ok kat bawah ni resepinya

sorry aku nye tulisan buruk.


Harapnya husband aku suka la puding ni sbb ari tu die ada request nak puding tp puding jagung la...next time aku buat puding jagung plak....





fikir-fikirkan lah

******************


1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?


Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"


2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...


Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. 

Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....



ps: tapi masih ada anak yang mampu untuk membahagiakan ibubapa lebih memilih untuk membahagiakan dan menyenangkan diri sendiri besama keluarga barunya dari memberi kesenangan pada ibu dan bapanya..alagkah ruginya anak tersebut.....alangkah sedih bila melihat ibubapa yg berusaha mencari rezeki walaupon umur sudah mencecah 70 thn...




***************




pilih la yang terbaik

assalamualaikum..


post kali ni aku x nak citer pasal diri aku... kite tukar sikit channel..hehehehe..ok ni aku nak citer pasal air tangan org yg x solat..nauzubillah ....jauhkan la dr org cmni kan...jauhkan la dari termakan masakan org yg x solat...

Dulu aku heran gak nape mak aku memilih untuk beli lauk @ makanan kat kedai...die lebih suka beli kat kedai org ug die knl rapat..kalo bawak die g makan kedai sebanrangan mmg die x makan....aku pelik gak...ada skali tu g pasar malam aku tanya nape x nak beli kat org tu, mak aku ckp die was2 tgk org tu...erk? entah la....

belek punya belek aku terjumpa post kat FB..haaa...betul la kalo mkan makanan org yg x solat ni , boleh gelap perut.

ok kat bawah ni pict yg aku amik kat fb....baca lah k....


sembahyaglah kamu sebelum kamu disembahyangkan

ps: kalo mkn kat kedai kita bkn tau pon kan org yg masak tu solat ke tak..cmne tu ek? haa sbb tu makan kat umah lagi afdal...jimat pon jimat...xoxo

Sunday, September 22, 2013

air tangan kasih sayang

assalamualaikum semua..

Ha, ari ni aku masaak simple je sbb nak habiskan lauk dalam peti ai... aku duk sini beli lauk mentah untuk sminggu je terus leh jimat masa, jimat tenanga dan jimat duit...beli banyak simpan dalam peti ais..biasa aku beli kat pasar malam, pasar tani sbb ikan lebuh segar biasanya//dl pnah beli kat kedai runcit biasa, kulit ikan mcm dah sgt busuk tp isi dalam keras..bila masak isi jadi keras, lpas dr peristiwa tu mmg x beli dah ikan kat kedai runcit...biasa org ckp diorg suntik foselin utk bg ikan segar.betul ke x wallahuallam....
.
Ok sbb kami pon berdua, plus aku pon bkn reti nak masak lauk pelik2, aku amik keputusan masak
AYAM MASAK HALIA

Boleh la senang and simple je rsepi dia...sape2 xda idea nak masak lauk utk dinner @ lunch, kat bawah ni ada resepi sy kepilkan...

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam potong kecik @ ikut suka.
4 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
1 inci halia*
cili padi (ikut kepedasan)*
sos tiram
kunyit
garam, gula, serbuk perasa
minyak
mayang halus
cara-cara: 

1- goreng ayam yg telah diperap dgn kunyit dan garam(jgn garing sgt)


 2- Mayang bahan betanda * dan tumis bahan tersebut sampai naik bau


3- Masukkan sesudu sos tiram, bahan perasa, gula dan garam.. kacau sampaii sebati. 

4- Maukkan ayam yg telah digoreng tadi ke dalam kuali dan kacau sampai sebati..masukkan air supaya ayam tadi berkuah...biarkan ayam mendidih sebelum dihidangkan 



ps: bab masak ni kadang2 x tau nk masak pe... nasib baik mr husband senang dalam bab makan ni yg penting pe yang di masak pedas... happy bila tgk dia tambah bila makan nasi....alhamdulillah...


tamatlah zaman bujangku

assalamualaikum wbt... 

post kali ni aku nak selitkan pasal majlis kawen aku. setelah 6 bln lebih kurang la aku diikat, akhirnya kami pon nikah....cepat kan...buat pe nak tunggu lama2 utk buat benda baik...knl 6 bln, risik, lpas 6 bln kawen thats it!
Majlis aku ni simple je, x nak bazir sgt sbb kehidupan lepas kawen tu lbh penting...aku buat majlis 3 hari berturut2, akad nikah 24 Mei 2013, sanding belah aku 25 Mei 2013 dan majlis bertandang rumah lelaki 26 Mei 2013 senang buat sekaligus biar setel..penat mmg la pnat Allah je tau....

OK kat bawah ni gamba sekitar majlis kawen aku n en hubby

24 Mei 2013, after solat jumaat at masjid bendang Kerian

             
muka bedebor


nana and dd (kawan matrik)

xda plak perasaan nebes.ngee`
cincin n gelang
simple kan baju nikah aku...aku x suka yg terlebih2 glamer sbb nak masuk masjid kan...


 25 mei 2013, majlis sanding Kg Padang Tembesu

majlis ni start kol 11 sebenarnya tp biasa la tunggu org tu, tunggu org ni akhirnya kol12 gak la pengantin lelaki tiba.

sambut husband.ngee
with my x -student smkt 09..yg baju merah belang tu abaikan
my family..part of my family actually
with my x-rumate zie and fiza..thanks for coming
tukang dapur
with kinah..thanks datang jauh2
ni suprised dari akak aku...haish..acara baling gula2..
tgk 2 gadis cilik kat blakang aku tu?anak sdara aku, tlg pegangkan kain aku kat bawak sbb labuh sgt
ngeee~labuh sgt kain...haa sampai pengepit aku tu (DD) kn pegang.thanks D...
hehehe~
ni mek and ayoh sy
ni papa and mama
acara ni mmg nyaris terlupa...nasib baik la...kek ni sgt sedap k, homemade.kalo anda nk tempah gtau sy
with my akak, org kuat ni...temper pon blh thn.haha..
my skb1 fren..fiti.
fiti n husband
umie with syifa' and noni my skb1 fren..sblm g outdoor
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

OUTDOOR SESSION: SMKT and TAMAN TENGKU ANIS PANTAI GETING
taman tengku anis
place that 1st time we met...husband je ada memory tu..ngee`

26 MEI 2013: Majlis Sambut Menantu Pantai Cahaya Bulan

Lpas je majlis belah aku, esoknya majlis belah laki lak..penat sgt tp gagahkan jugak sbb nk setelkan semua...mek aku x leh nak g sbb demam tetibe yerlah penat kan layan tetamu lagi....pagi2 lagi aku n husband bersama pasangan camereman aku (nana and husband) bertolak ke umah pengantin lelaki sbb aku nk kn mekup kat butik andaman area umah husband aku..



sesi mekup yang buat aku tertidur..penat kot..
family..
pengapit tu adik2 ipar aku.ngee~ ira n lili
xda pelamin, bilik tido n makan beradab je
~~~~~~~~~~

majlis kat umah mertua nih pon ramai gak yg dtg yerla mama keje gov ramai la kawan..papa pon pesara KTMB ramai kenalan...penat sgt sampai aku tertido sblm majlis tamat...pe pon kenangan ni sgt berharga, yelah sekali seumur hidup kan... terima kasih sgt pada family kedua belah dan rakan taulan yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis kami...LOL...xoxo




y..

Saturday, September 21, 2013

kreatifkah aku?



assalamualaikum wbt


Ok, hari ni aku nak postkan picture2 kekretifan aku sempena aku nak kawen ari tu...hehehe...kretif la sgt.sape nak suh aku buat gtau aku keh..hahahaha..

Tapi sebelum tu aku nak tunjuk picture pelamin aku

ni la hiasan bilik tidur, makan beradap,pelamin..ok, lampu kat blakang x tau plak boleh on..dah abis majlis baru aku tau....simple je kan..bunga telur tu aku beli kat era nona KB...diskaun ahli 20%
ni plak kasut majlis bertandang...so simple..kasut ni beli kat KB mall..murah je 
guestbook yang x ramai kawan tau..sad~~~...aku tempah guestbook ni online tp tuan die utang aku rm6 sampai skrg x bayar2 lagi..biar la aku rahsiakan nama fb org tu sian kat die

************
ni la kekretifan aku yang boleh la dr xda..hahaha...bunga tu aku buat sdri and aku tampal2 je kat kasut..cantik x?haha..kasut ni asalnya aku lupa kewujudan nya..kasut aku g interview ptptn thun 2011 kot...oleh kerana kasut kat butik perkahwinan x menepati citarasa dan saiz kaki aku, aku pon buat la hiasan sdri..xda la bazir..
ni bunga yg aku gubah sdri. ni lebihan bunga aku hias hntaran nih..dari membazir kan
ni bekas cincin...sendirian berhad jugak..ni pon idea dtg bila tgk banyak bunga n bahan2 lebih...
last but not least hantaran aku gubah sdri....perfume tu adik aku sponser....


new chapter of life


*******************

assalamualaikum n salam sejahtera semua bloggers... hari ni hubby keje ptg, so masakla kuey tiaw goreng utk die breakfast...aku nih mana pnah nak masak @ blaja masak masa zaman bujang dl, time dah kawen ni la sibuk nak blaja..alhamdulillah hubby senang makan..ni die pict yg sempat aku snap td..

ni la die..kuey tiaw goreng aku...

yang pict kat bawah ni lauk2 and makanan yg penah aku masak utk perut hubby aku...
ikan gulai kuning lengkuas 

sambal bilis kentang..fav hubby

sayur air campur kelantan(x sama mcm mak aku buat)

makaroni goreng

roti goreng telur

*****************************

ok seperti yg sy janji, taraaaa!!! my love hubby....Muhammad Faiz Abd Azis

kat pD

my heart n soul


ni gamba cincin risik
camne aku knl die?haa....die ni kononnya admire aku masa skolah dl...eh wujud ke die dlm memory aku?mcm xda je time skolah dl die nih..tu lah jodoh..kalo aku knl die time skolah dl mayb kitorg x kn sampai ke tahap skrg, husband n wife...alhamdulillah.... lpas dah bertahun tggl skolah aku jumpa die balik kat fb...huhuhu,,,tupon after aku dah putus tunang dgn bekas tunang aku dl(dah xda jodoh).hehehe... kat sblah nih cincin risik aku....die antar rombongan lpas 6 bln kami knl...alhamdulillah dia serious dgn hubungan kami... kami x tunang pon hanya sekadar ikat mengikat sebagai tanda.... haa msti nak tau kan nape kau putus tunang dl? biarlah hal tu berlalu x perlu nak bukak pekung n memalukan diri masing2 seperti bekas tunang aku buat (die g tulis kat blog yg mmg menyalahkan aku 100%.tp aku xnak komen sbb TUHAN je yg tau and org yg dekat je yg tau cite sbnar..kepada sesape yg dah termakan citer palsu bekas tunang aku, silakan la percaya)hehe.....alhamdulillah Allah beri petunjuk, alhamdulillah aku bkn dgn dia...ok, berbalik pada cite aku td, lpas stgh tahun aku dirisik kami pon kawen...hehehe...nnt pos yg akan datang aku post gamba sekitar majlis kawen kami...

ok lah bye for now...xoxo